MUSIBAH TELAH MENIMPA PROJEK !


Satu ujian dari Allah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian,


Saya menganggap ia sebagai satu cabaran didalam perniagaan, jatuh bangun adalah lumrah


"Orang yang berjaya itu bukan bermakna ia tak pernah jatuh, Orang yang berjaya adalah orang yang jatuh, bangun,jatuh dan bangun lagi adalah orang yang benar benar berjaya "












KINI PLANET AGRO ENTERPRISE MELANGKAH SETAPAK LAGI DIDALAM BIDANG PERNIAGAAN DENGAN MENJUAL DAN MEMBEKAL PELBAGAI JENIS BAJA UNTUK TANAMAN SEPERTI :-
NPK 12-6-24-TE
NPK 12-12-17-2-TE
NPK 15-15-15
NK 10.5-30.0
DAN PELBAGAI LAGI DENGAN HARGA YANG LEBIH RENDAH DARI DI KEDAI-KEDAI
HARGA RENDAH TERMASUK PENGHANTARAN TERBUKA UNTUK PETANI YANG MENGUSAHAKAN TANAMAN LADANG BERSAIZ 12 EKAR KE ATAS.

Petani perlu sertai PGU

BATU PAHAT 11 Nov. - Golongan petani disarankan agar meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masing-masing dengan menyertai Program Galakan Usahawan (PGU) yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ab. Aziz Kaprawi berkata, ia secara tidak langsung dapat menjayakan usaha transformasi masyarakat petani kepada golongan usahawan bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Peruntukan sebanyak RM3 juta disediakan kerajaan untuk program PGU ini bagi memberi peluang kepada para petani memohon bantuan dengan syarat mereka telah mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan.

“Ia penting kerana golongan petani masa kini bukan lagi golongan miskin seperti dahulu kerana telah ramai daripada mereka berjaya menjadi usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil dan peralatan PGU negeri Johor di Pejabat Pertanian Jelutong, Parit Raja dekat sini semalam.

Pada majlis itu seramai 20 petani dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja dan lima dari DUN Parit Yaani menerima pelbagai bantuan mesin bernilai kira-kira RM100,000.

Aziz menambah, jika dahulu golongan petani hanya memegang cangkul, parang dan tajak tetapi kini mereka sudah jauh berubah dengan memiliki pelbagai kemahiran dan mesin yang dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Di Parit Raja katanya, telah ramai petani yang menjadi usahawan berjaya sama ada dalam pembuatan kuih-muih atau kerepek, begitu juga dengan penternak dan nelayan yang produk mereka telah berjaya dipasarkan ke luar negara.

Justeru, beliau meminta golongan petani agar melipatgandakan usaha kerana selain meningkatkan pendapatan keluarga ia juga dapat meningkatkan mutu produk keluaran mereka.

Tambahnya lagi, mereka yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan layak untuk memohon tetapi yang belum memulakan sebarang perniagaan adalah tidak layak berbuat demikian.

Katanya lagi, setiap penerima PGU akan diberi peralatan yang diperlukan untuk meningkatkan mutu produk mereka dan dalam masa tiga tahun mereka tidak dibenarkan memohon bantuan PGU yang baru untuk memberi peluang kepada orang lain.

Selain itu jelasnya, kerajaan turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti pinjaman mikro melalui Bank Agro sehingga RM50,000 tanpa cagaran dan pelbagai bentuk bantuan lain untuk menambah baik perusahaan yang dijalankan.

Program PGU katanya, diyakini dapat mengubah sesebuah desa itu supaya mempunyai kegiatan ekonomi dan para petani dinasihatkan mengambil peluang yang sedia ada untuk meningkatkan produktiviti mereka


Sumber: Utusan Malaysia, 12 November 2009
SHAH ALAM: Usahawan tani di bandar raya ini diharap menggunakan peluang disediakan kerajaan berikutan ia mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusaha.


Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohammad Safie Asnawi,berkata dana sebanyak RM100,000 disalurkan kepada 220 Program Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) di seluruh negara menjayakan program seperti itu termasuk MPPP Shah Alam.


Katanya, beliau berharap agar peluang itu tidak disia siakan usahawan tani bagi memajukan usaha mereka. "Saya berharap usahawan tani di sini mengambil peluang disediakan kerajaan kerana ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk memajukan bidang pertanian.


"Peluang ini juga mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya," katanya pada siding media selepas merasmikan Seminar Usahawan Tani sehari anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Tekun Nasional, semalam.


Kira kira 200 peserta sekitar Selangor menyertai seminar, turut membabitkan sembilan agensi kerajaan termasuk Jabatan Veterinar, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Agrikultur Malaysia (Mardi),Lembaga Nanas Malaysia (LNM), Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Baru-baru ini TEKUN telah mendapat suntikan sebanyak RM 200 juta. Namun apa yang dikesali apabila ada rakan usahawan PLANET AGRO ENTERPRISE yang membuat permohonan tetapi menerima maklumbalas bahawa Dana TEKUN telah dibekukan. Apa yang berlaku sebenarnya, jikalau benar dakwaan ini maka macammana usahawan kita nak berkembang, bukannya beliau tak layak kerana projek beliau dilihat berdaya saing, sedangkan menteri Pertanian telah memaklumkan bahawa pinjaman TEKUN kini hanya diberi kepada mereka yang benar-benar layak, tapi Dana tak ada pulak. Saya merasa kesal kerana peluang usahawan untuk berkembang terbantut.
Yang ini pulak mengenai AGROBANK, saya baru mendapat pinjaman dari AGROBANK, tak banyak cukup untuk menambah modal bagi mengembangkan saiz Projek. Namun apa yang dikesali bahawa kadar faedahnya amat tinggi sehingga 14%. Wau dah macam Ah Long la pulak, tidakkah ini membebankan peminjam, kalau nak tolong rakyat pun janganlah melampau, cekik darah. Mampus aku nanggungnya, tapi apa boleh buat saya perlukan pembiayaan untuk majukan projek, gamble ajelah, agak-agak tak mampu tanggung, terima ajelah apa pun, masa tu nanti saya bangkitkan perkara cekik darah ni biar bergegar parlimen, perkara macam ni yang pembangkang suka nie !!.
PLANET AGRO ENTERPRISE memilih pertanian sebagai projek utama kerana terdapat peluang dan ruang yang menarik untuk diceburi. Jerih perih dalam usaha yang di jalankan akan memberi kepuasan yang amat bermakna apabila segala usaha itu memberi pulangan yang lumayan. Segala kepayahan didalam usaha juga mampu meningkatkan jatidiri sebagai seorang usahawan yang ingin berdaya maju. " Kejayaan itu bukan bermakna seseorang itu tidak pernah jatuh, tetapi seorang yang berjaya itu adalah terdiri dari mereka yang jatuh, bangun, jatuh dan bangun lagi adalah seorang yang benar-benar berjaya " inilah falsafah dan prinsip yang saya pegang untuk menjadi seorang usahawan yang berdaya saing dan berjaya.